Kerja Sambilan Online/ Kerja Sepenuh Masa Khas Buat Penganggur / Pesara / Surirumah / Pelajar IPTA & IPTS / Pekerja Swasta & Kerajaan
****DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN****
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Blog OhDuit Dalam Proses Penambahbaikan

Hi semua....

Maaf ye blog saya masih dalam proses penambahbaikan selepas saya menukar theme blog saya yang lama kepada template yang baru. 

Ini hasil respon anda semua yang blog saya sebelum ini sangat lambat loading. Terlampau banyak iklan juga. 

Jangan bimbang saya tak marah. Malahan saya berterima kasih atas pendapat anda.

Saya terima kritikan anda dengan hati terbuka dan akan cuba perbaikinya untuk kebaikan bersama.



Harap bersabar untuk complete perubahan sepenuhnya. Terima kasih sekali lagi.

Dah join belum Jobdirumah???

Kalau belum boleh fikir-fikiran sejenak. Klik laju-laju => Jobdirumah.

Ily Amalina: "Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar"

Penulis blog Oh Duit!!!

srikandi islam

Assalamualaikum buat muslimin dan muslimat serta Salam Sejahtera pada pengunjung blog Oh Duit! Alhamdulillah diberikan peluang dari Allah untuk terus bernafas dan menempuh tahun 2013. Sempena awal tahun 2013 ini saya ingin menceritakan serba ringkas mengenai diri saya.

Saya hanya salah seorang Hamba Allah yang sedang berusaha untuk memperbaiki diri ke arah menjadi wanita Solehah. Demi mencari keredhaan pencintaku Ilahi. Semoga dipermudahkan segala urusan hambaMU ini Ya Allah. Di laman media sosial ini saya lebih selesa dikenali dengan nama pena saya, ILY AMALINA. Panggilan mesra KAK ILY.

Saya mula terjebak dalam dunia blog selepas saya suka-suka mencari kerja sampingan dikala kesunyian jadi anak perantauan di negeri orang. Ketika itu saya mencari kerja sampingan lebih atas dasar untuk mengisi masa lapang. Ketika saya asyik mencari maklumat mengenai kerja sampingan itulah titik tolak saya mengenali beberapa blog lain.

Alangkah indahnya bila mana artikel yang dikongsikan oleh mereka (blogger) memberi manfaat kepada manusia sejagat yang lain. InsyaAllah artikel yang bermanfaat itu bak terima pahal berterusan seperti sistem MLM.

Permulaan dari sana, saya mula tertarik untuk mempelajari selok-belok bina blog. Terima kasih pada semua artikel blogger yang banyak membantu saya sehingga saya mampu mendirikan sebuah blog dan insyaAllah bakal membina blog-blog yang lain.

Saya seorang pemalu dan lebih suka silent readers saja di blog lain dan bukan stalker ye. Harapnya kehadiran saya dalam blog ini dapat diterima dan memberi manfaat pada yang lain.

Salam ukhwah fisabilillah dari saya ILY AMALINA....

***Bertindak Guna AKAL Bukan Perasaan***

Ucapan Tahun Baru 2013

Assalamualaikum wbt........ 

Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan pada semua pengunjung blog saya.

Semoga semakin bertambah semangat melaksanakan ibadah.

Tahun ini lebih indah dengan dimurahkan lagi rezeki untuk kita berkongsi.


Yakinlah, setiap anggota badan yang dipinjam sementara di dunia ini oleh Allah akan menjadi saksi terhadap segala amalan manusia di padang Mahsyar.

Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hambaNYA yang beriman. amin..


Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha dari OhDuit!!!

Saya admin blog http://ohduit2u.blogspot.com/ ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha & bercuti kepada pelawat blog ini yang beragama Islam. Kepada yang bukan beragama Islam, selamat bercuti.

Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aidiladha :)



Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari OhDuit!!!



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! EID MUBARAK! May this Eid brings you abundant joy and happiness in life!!! Have a blessed celebration. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Celebrated by the Muslims signifies the end of the fasting season of Ramadan for a month.

SMS dihantar pengganti kad raya, 
Tanda ingatan tak luput di hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf Zahir & Batin.

Dari meja admin Ohduit.
 
© Oh Duit!!! 2012-2013 All Rights Reserved partner with Review Jobdirumah